BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 20 September 2011

Jom bace... ada sedikit perkongsian puisi nie... :-)

Assalamualaikum... puisi yang menarik :-)

"Aku sesuai dengan persangkaan hambaku pada diriku.
Aku bersamanya ketika dia berzikir (mengingat dan menyebutku).
Sekiranya dia berzikir dalam hatinya,
maka Aku mengingatinya dalam hatiku.
Sekiranya dia mengingatku dalam satu jemaah,
maka Aku akan mengingatinya dalam jemaah yang lebih baik daripada jemaahnya (di dunia).
Sekiranya dia mendekatiKu sejengkal,
maka Aku mendekatinya sehasta.
Sekiranya dia mendekatiKu sehasta,
maka Aku mendekatinya selengan.
Sekiranya dia mendekatiKu dengan berjalan,
maka Aku mendekatinya dengan berlari."

Di petik dari buku Di Dunia Ada Syurga... :-)





Friday, 16 September 2011

Salam Sahabat-sahabat... Dengar2............ Sahabat Selamanya

http://www.youtube.com/watch?v=5ayq7zPDPp8
da bukak da link nie... best x??? :-)

Wednesday, 14 September 2011

Hai Sahabat-Sahabat

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.... maaf sangat2 sbb da agak lame x update nie.... actually kn dr ari pertama start kuliah nk tulis something utk ucapkan pd sahabat2 kite yg baru mmulakan kelas kt UTM nie, tp x sempat menyempat plak.... mcm ne first day...? tntu seronok kn, bg yg memulakan first day dgn kurang bersemangat ke sbb demam ke dan lain-lain lagi..., bersabar ye, dugaan tue sbb Allah sayang kite..., mgkin ble kte x sihat, kita selalu doa  utk 'sihat kan lah kite' kan3, tue da kira beramal gak tue, kan Allah sayang hambaNya yng sentiasa ingat dan memohon dr Nya... Ingat sahabat2, Doa senjata orang Muslim taw... ok lah..., perhatian kpd sesiapa yang x sihat, sila jenguk2 kan diri anda di klinik kesihatan UTM ye..., jaga diri para sahabat, salam ukhuwah kami hulurkan :-)




Thursday, 8 September 2011

Assalamualaikum serta Selamat Datang

Salam Perkenalan & Persahabatan saya hulurkan serta Selamat Datang saya ucapkan kepada seluruh warga Kolej Datin Seri Endon terutamanya pelajar-pelajar baru yang telah pun menjadi keluarga KDSE..., dengan berbesar hati saya ucapkan terima kasih kerana sudi untuk menaip dan mengklik keypad untuk mengunjungi blog ini..., segala info-info tentang program, kelab dan aktiviti yang berkaitan dengan Kelab Sahabat InsyaAllah akan sentiasa di update sekerap mungkin..., wahai sahabat-sahabat, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan, jadi di samping belajar yang merupakan perkara utama kita di UTM, gembira-gembira lah seta carilah pengalaman dan kenangan untuk kita isi dlm memori album kita..., teruskanlah perjalanan kita di sini dengan gembira ye Sahabat ;-)